4 Februari 2020, Selasa

Berdiri dari kanan : Datin Rosnani (HEM), Pn. Syafini (KP ASK), En. Suffian (Yayasan Al-Buruj), Pn. Massita (Pengetua) dan Pn. Hasmah (PK1)

Yayasan Al-Buruj dengan sukacitanya telah bermurah hati memberi sumbangan 14 buah laptop kepada SMK Jalan Tiga pada 4 Februari 2020 jam 2.45 petang.

Sumbangan laptop berkenaan disampaikan oleh wakil yayasan berkenaan, Encik Suffian bin Salleh kepada Pengetua JATISS, Puan Massita binti Mohamed Sin bertempat di bilik pengetua pada tarikh tersebut.

Sumbangan ini diberikan khusus bagi tujuan membantu kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran Sains Komputer dan Asas Sains Komputer di sekolah ini. Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah kecemerlangan JATISS di masa hadapan.

Pihak sekolah sangat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas Yayasan Al-Buruj dalam usaha melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada komuniti sekolah.