Panitia Perniagaan dengan kerjasama Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. mengadakan Program Kesedaran Keusahawanan bertujuan memberi pengetahuan asas tentang ilmu keusahawanan dan kesedaran usahawan sebagai kerjaya pilihan. Program diadakan pada 18 Februari 2020 (Selasa), 8-10pagi di Dewan Tun Sri Lanang, SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi. Program yang berlangsung selama 2 jam ini di sertai oleh semua murid Tingkatan 4 yang mengambil subjek Perniagaan. Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd turut berbesar hati memberikan sumbangan cenderamata kepada murid-murid yang terpilih.