Program dijalankan selama seminggu bermula 3-7 Februari 2020. Diadakan semasa rehat sesi pagi. Bertempat di Perkarangan Koperasi SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Program bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid yang mengambil subjek Perniagaan dan memberi pengalaman baru untuk murid meneroka alam perniagaan.